PAKEJ 2: PULAU TIOMAN


3 hari 2 malam RM940 (Pakej Snorkeling Tioman Salang Indah Resort)
______________________________________________________
Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di Rompin, Pahang, Malaysia. Ianya terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing,Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gombak,Kuala Rompin di Pahang.

Jadual perjalanan:

Hari pertama:

1200 - Check In di Salang Indah Resort
1300 - Makan tengah hari
1600 - Mengumpul alatan snorkeling dari pusat snorkeling
2000 - Makan malam

Rancangan Makanan: Makan Tengah Hari, Makan malam
_____________________________________________________

Hari Kedua:

0800 - Sarapan pagi
1000 - Lawatan Snorkeling di Pulau Coral
1200 - Makan tengah hari
1700 - Aktiviti bebas
2000 - Makan malam (BBQ)

Rancangan Makanan:Sarapan,Makan tengah hari,Makan malam

________________________________________________________

Hari Ketiga:

0800 - Sarapan pagi
0900 - Selepas sarapan pagi,kembalikan peralatan snorkeling dan daftar keluar
1100 - Makan tengah hari
1200 - Check Out


SALANG INDAH RESORT



Salang Indah Resort merupakan resort yang terbaik di Pulau Tioman. Resort ini juga mempunyai kelengkapan yang lengkap dan berhapan dengan pantai. Selain itu, anda boleh menhirup udara yang segar.

Kami juga menawarkan pakej berpatutan dan berbaloi bagi pelanggan yang berminat dengan resort kami.

BAHAGIAN DALAM SALANG INDAH RESORT

Hasil carian imej untuk SALANG INDAH RESORT
Bahagian dalam Salang Indah Resort amatlah bersih dan selesa. Kami menyediakan katil yang empuk bagi keselesaan para pelanggan.
Imej yang berkaitan
Selain itu, katil tersusun dengan atur supaya para pelanggan dapat beristirehat dengan tenang.

SNORKELING DI PULAU CORAL



Aktiviti snorkeling di Pulau Tioman merupakan syurga bagi para penyelam untuk diteroka akan didunia lautan. Bagi mereka yang berminat dengan akviti menyelam ini amatlah sesuai untuk mencari pengalaman baharu dan menikmati keindahan taman dasar laut disini.



Pulau Tioman merupakan syurga kepada para penyelam untuk semua tahap air. Air yang tenang dan tapak selaman seperti pulau-pulau kecil.Selain itu, dasar laut Pulau Tioman juga menyimpan banyak rahsia dan misteri.Ia merupakan tempat bersemadi banyak kapal, kebanyakkan kapal pukat tunda kayu.

MAKANAN DI SALANG INDAH RESORT



Restoran Salang Dreams adalah salah satu restoran paling popular di pulau ini dan ia sentiasa dipenuhi dengan penduduk tempatan serta pelancong asing.Di sini terdapat pelbagai menu masakan Thai, sandwic, roti bakar, penkek, bubur, bahkan roti canai turut dihidangkan kepada pelanggan.

Imej yang berkaitan
Kebanyakkan menu makanan di sini berasaskan makanan laut, Asia dan vegetarian termasuk penkek, omelet, burger, nasi, mi dan pizza.


Mereka paling terkenal dengan menu ayam panggang dan makanan laut yang dihidangkan lengkap bersama kentang, salad dan jagung manis. Selain itu di sini juga terdapat spageti dan stik yang sangat lazat.

1 comment: